CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Leelou Blogs

Saturday, July 9, 2011

Clean~~

Jam tepat menunjukkan jam 11.32 malam bersamaan 9 Julai 2011..Saat inilah jari-jemari ini menterjemahkan apa yg terbuku dalam minda ini..[err maaflar En.firdaus kerana lambat buat tugasan ini..hehheheh]Tarikh ini,9 Julai 2011 mungkin akan menjadi satu ingatan buat kita dimana terciptalah satu sejarah yang boleh menggoyahkan keselamatan negara pada masa akan datang..Mengapa???Kerana dari sinilah boleh terlihatnya kerapuhan hubungan sejagat antara penduduk dinegara ini..
            Siapalah saya ingin berkata lebih mengenai semua ini..kerana saya pasti ada orang lain yg lebih tinggi umurnya dan lebih matang fikirannya untuk membicarakan hal ini..tetapi tidak terfikirkah kamu bahawa apa yang berlaku pada hari ini bakal tersebar keseluruh dunia..apa yang akan diperkatakan oleh insan dinegara lain akan pergolakan dan goyahnya sistem politik di Malaysia..malu sebenarnya melihat sesama kaum sesama agama bergaduh sesama sendiri..apatah lagi kita sebagai umat islam yang dilahirkan untuk menjadi khalifah dimuka bumi ini...menjaga seeloknya dunia kurniaan ilahi..menjaga silaturrahim sesama islam..sesungguhnya kita semua bersaudara..bkn islam tidak mengajar sifat mahmudah..sabar..rasional..berfikir menggunakan akal berlandaskn al-quran dan sunnah..tidak salah kalau kita mahukan pilihan raya yg adil..tp biarlah dgn cara yg betul..berhemah..bkn dgn cara perhimpunan haram..natijahnya kita sendiri tahu..dan saya yakin ramai yg telah merasainya..kerana khuatir akan apa yg bakal berlaku telah menyebabkn kesesakan jalan raya berlaku dikawasan menuju ke kuala lumpur..situasi ini menyebabkan ramai org marah dan maki hamun..cuba kita fikir jika perhimpunan ini tidak diadakan??adakah kesesakan begitu akan berlaku??dilaporkan ada insan yg meninggal dunia akibat terkena semburan water canon dan gas pemedih http://milosuam.blogspot.com/2011/07/perhimpunan-bersih-20-seorang-meninggal.html.[info didapati disini]..tp bukankah telah diberi amaran awal2 tentang pengharaman perhimpunan ini??nak salahkan pihak polis???mereka hanya melakukan tugas mereka untuk melindungi negara dan khuatir berlakunya sesuatu..jadi sekiranya perhimpunan ini tidak diadakan,adakah akan ada mangsa yg meninggal dunia??
          Maaflah kalo saya beremosi ketika menulis blog ini...saya hanya menyuarakan suara hati saya akan pergolakan yg berlaku ini..lain org lain cara pemikirannya..mencegah lebih baik daripada mengubati..pilihan telah diberi..batalkan atau berkeras ingin meneruskan..cuma satu yg betul2 saya rasa kecewa apabila melihat majoriti yg menghadiri perhimpunan adalah bangsa saya sendiri...agama saya sendiri..yg sedihnya bersama2 berjuang dgn org yg sahihnya menjadi peguam bela dalam kes lina joy...yg mempertikaikn undang2 syariah..yg mahu menyama tarafkan agama islam dgn agama yg lain..
          Pemimpin yg baik dan bertauliah mampu menjadi teladan yg baik kpd rakyat,dihulurkan kepercayaan sepenuhnya oleh rakyat jelata,yg mampu memberikan imej yg baik kepada negara..yg berpolitik demi kepentingan negara dan bukannya untuk kepuasan diri memiliki kuasa..sesungguhnya tiada kuasa lain yg lebih tinggi melainkan kuasaNYA..
          Akhir kalam sama2lah berdoa agar umat islam bersatu kembali memperjuangkan yg hak..dan negara aman makmur..sesungguhnya kehidupan didunia hanyalah sementara..sebuah pinjaman daripadaNYA..renungan buat diri sendiri dan sesama islam..